JOMCLICK

Bahasa dan ejaan adalah bahasa campuran bahasa baku dan pasar.Harap para pembaca yang budiman dan bijak-bijak belaka dapat membezakan tatabahasa yang betul.Sila abaikan jika mempunyai ejaan dan tatabahasa yang tidak betul.terima kasih

13 Jun 2010

WORLD CUP

Aduh keciwanya aku bila terlepas game England lawan US…. Walaupon aku tahu England tak akan mengjulang piala dunia (dengan yakin) tahun ini, tapi England adalah salah satu pasukan yang aku sokong. Prinsip aku walaupon aku minat sesuatu pasukan tu, kalau aku tak yakin pasukan tu akan menang aku akan cakap. Tak sesetengah orang yang bangang, asal minat je pasukan tuh,dengan yakin cakap pasukan itu akan menang.Tak semestinya beb.Jangan la ko minat pasukan tuh,jadi pasukan tuh yang ko akan pilih untuk menang.Tak professional langsung.Terima la kenyataan.
Macam aku mmg minat England, tapi aku tak yakin boleh menjulang piala dunia sbb diorang macam tak konsisten.England hanya popular dengan liganya ( EPL ).Tapi epl juga dipenuhi pemain import. Kira england nih macam Malaysia ja ( ya ker ), mmg top dengan liga EPL tapi bila main dengan peringkat International mmg tak bleh pegi.
Apa aku melalut lagi.Sebenarnya smlm aku dah tgk game argentina dengan Nigeria.Boring la juga sbb game dia tak laju macam game pembukaan antara afrika selatan dengan mexico.Mmg mantap game pembukaan smlm. Game argintina dengan Nigeria smlm siap aku tertidor lagi. Sambung balik.habis jer game argintina dgn Nigeria aku teros tido sbb nak tgk game pasukan aku antara England dengan us.siap set alarm pada corby pro aku lagi…. Lalu aku pon tido.
Alarm mmg bunyi, tapi macam biasa aku offkan alarm dan dalam hatiku berkata2 nak lelap kejap dalam 5 minit.
Last2 pukoi 4.30 baru aku terjaga… etupon sbb anak aku bngun…. Dalam hatiku cilaka tol… aku macam org bodoh bergegas bukak tv la, mana tahu kot2 la game tuh ditundakan dalam 1/2jam ker…. Boleh la tgk game England macam mana.tapi hampeh mmg btol dah habis.yang anak aku pon ngikot aku tgk tv….
Tuh sbb aku nensyen gila nih…. Bukan senang nak tgk team international main…
So pagi nih langsung tak bukak facebook sbb takut sakit hati bila kang diorang cakap2 pasal bola.aku bukak laman web fifa.com tgk keputusannya. Hah! Kan aku dah cakap mmg England tak bleh pi punya.harap ja liga EPL gah serata dunia. Boleh seri… tapi yang nyatanya pemain Liverpool juga yang score goal…. Nak harap pemain MU boleh blah la….

So kat bawah ni ada la beberapa gambar yang aku ambik kat laman web FIFA…. Lepas geram sbb tak dapat tgk smlm…


ha! ha! ha! runey kena kepong....

ek eleh..... jatuh skit nak komplen..... e2lah pemain united

2 pemain liverpool ni mmg mantap (walaupon aku tak tgk smlm)



Klau bkn gerrad mau england kalah....



yg ni aku tak tau nak kata apa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan