07 Januari 2012

HAPPY BIRTHDAY....

Hari ni boring-boring aku pon ambik camera, pacak flash gun cap ayam, aku soh anak aku posing... apalagi melayan la anak aku.... Sebenarnya hari ni birthday aku.... tapi dah tua2 ni takder la nak wish apapon. Bini aku adala wish kat aku... Keh! Keh! Keh! aper la punya tunggang langgang aku punya cerita... macam biasa layan gambar ler senang...


tgh buat lirik nih

sidang media

Dalam studio tgh rakam lagu

apa lagi, lagu dah siap bikin konsertla lawan najwa latif dengan yuna


banyak keping yang aku amik... tapi almaklumlah line internet pon yang tumpang-tumpang punya...nak upload gambar pon terhegeh-hegeh... jadi layan jerla mana gambar yang aku letak

03 Januari 2012

NAK DELETE VIRUS SHORTCUT? + VIRUS AUTORUN

Pernah alami,hadapi dengan masalah shortcut? Mmg masalah.aku mula2 kena virus nih mmg aku asyik format jer pendrive aku... lepas tuh dah bosan2 aku pon mengoogle la masalah aku ni. 
Walla!!!! dapat penyelesaiannya. sebenarnya ada macam2 penyelesaiyannya... tapi ini yang paling senang. ha!ha!ha! dengan bongkaknya aku ketawa, caranya ialah .....
lawati lah blog sedari nih...  http://fz-cma.blogspot.com/2011/05/cara-remove-virus-shortcut-dari.html. aku tak nak la cedok apa sedari nih tulis sbb aku malaih nak taip2 nih. Lagi pon dapat la membantu sesama Islam. tak baik jadi macam mesin photostat... ilmu tak berkat. Semoga post aku kali nih membantu sesiapa yang dalam kesulitan... tq kepada cik/puan Nazatul Shima tentang post nih


edit skit.... tambahan plak cara nak delete virus autorun.... kali nih aku bagi link blog sedara nih plak... http://mujok.webs.com/apps/blog/show/5959480-cara-buang-virus-autorun-inf... tapi tak pasti la ni blog ke atau web..... tapi post tuh di tulis oleh sedara Timberland dan ini linknya http://mujok.webs.com/apps/profile/69590740/...
Tapi untuk autorun nih aku tak pernah try lagi la.... so takderla nak kata aku nih just dok ushar blog awek ja.... yang penting ilmu yang dicari,dapat dan disebarkan sesama umat manusia untuk ke arah kebaikan... so terima kasih juga kepada sedara Timberland kiter....

02 Januari 2012

Tiada Idea...















Lama gak aku tak menaip kat blog nih... tapi tak lama sgt.tiada idea.tiada masa. takut nanti boring plak org tgk asyik merapu ja.... dari pandangan sudut mata koko ku ini org lebih tertarik untuk membaca dari melihat gambar2 ( kecuali gambar yang xxx ,18sx,gambar bugil).saja try test citer lucah2 skit nak tgk traffik up tak... he!he!he! skang pon rasanya dalam 2 ratus lebih jer pengunjung.... apapon jom test layan gambor telatah anak aku...

ayat kat atas sebenarnya draft blog aku. rupanya aku tak publish... ada la 2-3 draft yang aku tak publish...  skang dah pandai.aku check balik blog2 mana yang aku nak edit lalu terpandang la draft... skang untuk hari ni aku publish balik draft-draft yang aku tak publish.

01 Januari 2012

MCCB (Molded Case Circuit Breaker)

Sapa pernah handle benda alah nih...? orang-orang elektrik sure taunyer... aku malas nak citer panjang lebar sbb org kebiasaan mungkin tak kan handle benda nih... lagi pon aku bukan expert sangat bab2 elektrik nih... setakat sijil politeknik ja.
         apa yang aku nak cita ialah pabila benda nih terpelantik atau istilah elektriknya "trip" ,maka kedudukan tuil suis tuh akan berada ditengah-tengah.maka prosedur untuk ONnya ialah kena tarik tuil suis tuh kebawah dulu kendian baru tolak naik.... tapi... ada tapinya. jika para juruteknik atau maintenance hadapi masalah seperti aku..... apabila tarik kebawah suis tuh tak nak melekat... macam mana nak explain? kira kedudukan suis tuh ditengah-tengah walaupon dah ditarik kebawah.kira jadi free... penyelesaiyaiannya (apa punya bahasa melayu aku guna) tarik tuil tuh kebawah sambil memberi tekanan sedikit, pabila dah kat bawah cuba gedik2kan skit tuil suis tuh kekiri atau kanan.InsyAllah suis tuh akan melekat.Lalu bolehlah anda on kan seperti biasa.... 
tapi masalah ni bergantung juga sbb dalam 10 kes 60% berjaya. kalau tak berjaya bolehla order baru.
yangblama jangan buang. Try bukak dan study benda alah ni.Sbb kat dalam tu ada satu pin yang sedikit longgar yang menyebabkan tuil suis bermasalah...
sekian dulu sedikit ilmu yang Allah beri untuk dikongsi bersama.
sebelum tuh selamat tahun baru... (tak ler semangat sangat nak sambut tahun baru sbb dah rasa tua sangat)

29 Disember 2011

Shopping

telatah anak aku dan isteri aku pada satu ketika bershopping.....

28 Disember 2011

Aku terpaksa pakai template asal cuma aku bersihkan kaler maler kasih bersih skit. baru nampak putih bersih... ni baru permulaan. Skang tengah nak kejar jumlah post untuk blog aku bagi tahun ni... sbb tahu8n nih aku kurang memposting blog.
   aku pon tgh penin nak post mender... janji ada benda yg aku nak berceloteh

27 Disember 2011

Ini Blog baru aku...

sempena menyambut tahun baru, kini blog aku berwajah baru. Ha! ha! ha! mmg bangang aku. apa punya template sbb aku sampai tak tahu nak log in kat mana?. macam yg lama tuh boleh edit tambah aksesori-aksesori kat tepi-tepi tuh. aku masih blur... nanti2 aku explore blog baru aku nih...

Kamera handphone...

saja nak menghidupkan blog aku. yerla mana tahu kalau kot-kot ada peminat, kang datang blog aku asyik benda yang sama jer tentu boring. so sesekali kena la update... 
kali ni pasal kamera handphone. saja aku tempek gambar yang aku ambik guna hp dan diedit jugak menggunakan softwear gimp.... nampaknya kandungan blog aku untuk yahun nih kurang sangat-sangat berbanding tahun lalu... terpaksalah aku bekerja keras....










gambar ni kat A&W kulim... kulim skang ni dasat dah ada macam2. ha!ha!ha! sampaikan kes jenayah pon kat tv3 boleh kata tiap-tiap minggu... mmg dah maju

19 Disember 2011

Dslr luahan seorang jurugambar amatur

syok jugak layan blog-blog orang... terutama yg minat macam aku.fotografi. membuatkan aku lebih bersemangat untuk menghasilkan gambar2 yg cantik... lagi pon gear-gear makin bertambah.tapi yang biasa-biasa aja.
ini la masalah orang-orang malaysia... tak semestinya nak pakai dslr mesti beli yang mahal-mahal... yang semi pro. tentu la ada sebab mengapa nikon atau canon atau mana-mana pengeluar camera dslr seperti olympus,sony mahupon pentax (jenama yang aku pakai sekarang) mengeluarkan dslr yang basic2 ataupon orang gelarkan beginner.
apa yang aku nampak trend kat forum kalau seseorang tuh mintak pendapat antara nikon 3100 atau canon 1100d sbb ada budget dalam RM2k ,mulala melalut soh orang tuh angkat d90 la,60d la,d700 la. Sahabat ni dah terang-terang cakap budget dia just RM2k. kenapa meraban2 soh ambik yang dia tak mampu... nak soh menabung? keh!keh!keh! tah-tah nak cecah 2K tuh pon sahabat ni terpaksa memendam rasa.
apa kata kalau kiter lebih memberi semangat kepada sahabat ini untuk mula dari bawah... bak orang kata pelan-pelan kayuh. Susah-susah dahulu kendian nanti dah senang-senang baru la upgrade. tak semua manusia Allah murahkan rezeki. Macam aku dapat pakai Pentax ni pon dah bertuah sangat. Ada la 2-3 kali aku dapat rezeki terpijak, tapi hati aku tak pernah tergerak nak upgrade body.Sebab aku tahu kemampuan aku dalam berfotografi masih di tahap asas. So aku just upgrade peralatan camera.Itu pon aku beli yang 2nd hand ja. flash pon aku beli yang buatan china punya.aku beli beg camera pon Rm100, copycat buatan China jugak. Member aku siap kutuk2.lantak la.janji aku ada beg nak simpan camera aku. Lagipon aku ni bukannya pro pon. tangkap gambar pon curi-curi ja.saja suka-suka.cukupla bebelan aku yang tah apa-apa.... sekurangnya blog aku nih berceloteh la jugak....



ni gambar aku snap pakai handphone aku ja.... kat RnR Tapah.... dalam perjalanan balik dari Melaka ke Kulim.....

29 November 2011

Honda atau Mitsubishi

 Honda murtad... ni kira kahwin campur.