JOMCLICK

Bahasa dan ejaan adalah bahasa campuran bahasa baku dan pasar.Harap para pembaca yang budiman dan bijak-bijak belaka dapat membezakan tatabahasa yang betul.Sila abaikan jika mempunyai ejaan dan tatabahasa yang tidak betul.terima kasih

19 Disember 2011

Dslr luahan seorang jurugambar amatur

syok jugak layan blog-blog orang... terutama yg minat macam aku.fotografi. membuatkan aku lebih bersemangat untuk menghasilkan gambar2 yg cantik... lagi pon gear-gear makin bertambah.tapi yang biasa-biasa aja.
ini la masalah orang-orang malaysia... tak semestinya nak pakai dslr mesti beli yang mahal-mahal... yang semi pro. tentu la ada sebab mengapa nikon atau canon atau mana-mana pengeluar camera dslr seperti olympus,sony mahupon pentax (jenama yang aku pakai sekarang) mengeluarkan dslr yang basic2 ataupon orang gelarkan beginner.
apa yang aku nampak trend kat forum kalau seseorang tuh mintak pendapat antara nikon 3100 atau canon 1100d sbb ada budget dalam RM2k ,mulala melalut soh orang tuh angkat d90 la,60d la,d700 la. Sahabat ni dah terang-terang cakap budget dia just RM2k. kenapa meraban2 soh ambik yang dia tak mampu... nak soh menabung? keh!keh!keh! tah-tah nak cecah 2K tuh pon sahabat ni terpaksa memendam rasa.
apa kata kalau kiter lebih memberi semangat kepada sahabat ini untuk mula dari bawah... bak orang kata pelan-pelan kayuh. Susah-susah dahulu kendian nanti dah senang-senang baru la upgrade. tak semua manusia Allah murahkan rezeki. Macam aku dapat pakai Pentax ni pon dah bertuah sangat. Ada la 2-3 kali aku dapat rezeki terpijak, tapi hati aku tak pernah tergerak nak upgrade body.Sebab aku tahu kemampuan aku dalam berfotografi masih di tahap asas. So aku just upgrade peralatan camera.Itu pon aku beli yang 2nd hand ja. flash pon aku beli yang buatan china punya.aku beli beg camera pon Rm100, copycat buatan China jugak. Member aku siap kutuk2.lantak la.janji aku ada beg nak simpan camera aku. Lagipon aku ni bukannya pro pon. tangkap gambar pon curi-curi ja.saja suka-suka.cukupla bebelan aku yang tah apa-apa.... sekurangnya blog aku nih berceloteh la jugak....



ni gambar aku snap pakai handphone aku ja.... kat RnR Tapah.... dalam perjalanan balik dari Melaka ke Kulim.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan